" F l o w e r "

flaw


Blog berhabuk .}
Friday, March 7, 2014 | March 07, 2014 | 0Comment

                     Assalamualaikum
Wehh macam tak percaya blog aku dah boleh bukak . Fuhh fuhh fuhh *tiup bagi hilang debu *
Dah lama hokeh ai tak terjebak dengan blog sebab haritu tak boleh bukak . So ,akibat patah hati yang amat sangat sebab blog fevret kesayangan tempat aku nak conteng segala mak nenek tak boleh bukak so .. aku pun give up .

Tup tup hari ni saja nak mencuba nasib dan alhamdulillah ! Yes boleh bukak.
Lepas ni aku dah ada tempat strategik nak buat curahan hati . Cewahh ayat . Tapi yang tak bestnya bila ada orang tanya "zira blog bukak lagi " ? . Rasa macam nak ja kata aku tak bukak dan tak ada blog . hahahahah sebab aku tak mau orang tau apa yang aku merapu . Hahahahhaaha .Pelik punya perangai . Sebab aku buat blog bukan nak famous ka apa ,cuma untuk isi masa lapang dan latih tangan ni ha . *alasan tak munasabah * .

Okay ,hari ni saja nak testing tulis . So nanti ai update lagi ya ! Assalamualaikum

Dunia EnamBelas Tahun}
Wednesday, October 16, 2013 | October 16, 2013 | 0Comment

                                                               Assalamualaikum
Dan dan dan selamat hari raya Aidiladha . Raya ? Kenapa aku tak rasa langsung feeling raya tahun ni ,raya puasa pun sama jugak . Over ahh macam aku yang nak SPM tahun ni . Ha ,sembang pasal SPM ,minggu depan aku final exam . Boleh aku menjerit sepuas hati ? Ohh tidak ,kang orang cakap meroyan .

Tapi kan .tapi kannn ..memang betul la jadi form 4 sangat penat ,tu tak masuk fivers lagi . Pengsan berdiri aku ! Kadang-kadang tu termengeluh kenapa la form 4 ni letih sangat ,tapi cepat-cepat ada orang sedarkan jangan sesekali mengeluh . Thank you :) Rajin aku masa form 3 sama macam malas aku tahun ni . See ? Jadi tahun ni aku berlipat ganda rajinnya .Okay fakta ni . Kalau la aku belajar main-main tahun ni alamat tahun depan terus kahwin la .Kahkahkahkah.

Siapa cakap form 4 untuk honeymoon ? Hohohotak kau..Kalau tak struggle betul-betul tahun ni memang tahun depan aku kena bungkus dengan cikgu .Tapi dalam tengah study yang kononnya hard gila ni pun aku boleh buat kerja gila then bergelak sakan lagi dengan budak kelas . Alahh normal ahh release tension pasti kena buat something yang di luar alam kan ? *kenyit mata* .

Okay adik-adik form 3 kamu semua berehat la puas puas okay sebab tahun depan dah kena jadi manusia yang sibuk mengalahkan perdana menteri .Hiperbola tak ? Sapa yang nak honeymoon sepanjang tahun form 4 tu silakan kalau anda genius . Aku respect dengan budak yang tak study sangat ,keluar result exam .Fuyooo double triple whoaaaaa
hebat gila ! Bukannya result teruk tapi straight A's .

So ,Azira. Kau pun kena study jugak .Exam dah dekat .Jangan ingat exam kali ni tak penting .
Tahun depan kau SPM . Assalamualaikum

p/s :: Buat adik adik yang kena PBSMR teruskan usaha anda termasuk my lil brother .

Tabahkan aku }
Saturday, October 5, 2013 | October 05, 2013 | 0Comment

Assalamualaikum ,suddenly i miss my bestfriend ,Nurul Izzati Binti Ishak . Allahurabbi :(
Rasa macam baru sangat dengar kau cakap "Hai hampa " .Kejap sangat semua terjadi sekelip mata. Rindu nak nyanyi sesama . When you said to me " Aku suka lagu Fall For You " . Okay fine ,balik rumah aku terus buka youtube . Then dengar lagu tu . Tapi berapa kali ja aku sempat menyanyi sesama dengan kau .

Kanser otak tahap 4 . Apa yang kau rasa bila kawan yang kau kenal since darjah 2 menghidap penyakit ni dan kau tau pun dah terlambat ?Hanya mampu berdoa kepada Allah supaya kau tenang dekat sana . Kau baik sangat Zati . Ingat lagi waktu kursus haritu .Bila cikgu panggil SU BM suruh bentang kertas dekat depan aku takut . Then walaupun kau gugup ,tapi kau pergi ganti tempat aku . Mana ada orang yang sanggup back up aku sampai macam tu sekali . Susah aku nak cari kawan macam kau . Cara kau gelak ,bercakap ,menyanyi ,berjalan semua aku ingat .

Bila masuk kelas pasti aku duduk dekat tempat dia .Meja dia sebelah dengan aku ja . Then Icha cakap " Zira ,kenapa duduk sini ? " .Aku tau kau faham aku Icha . Sungguh kehilangan kau buat aku lebih hargai semua orang . Rindu sangatt.. Tapi aku kena kuat ,tak boleh tunjuk yang aku sedih . Kalau kau boleh kuat hadapi ujian yang Allah bagi ,kanser tahap 4 kenapa aku tak boleh ? Am i right ?

Aku pesan dekat kawan kawan yang lain suruh kuat . Tapi aku sendiri tak kuat . Diaorang genggam tangan aku sebab nak aku salurkan kekuatan ,ya aku bagi . Tapi hati aku , pedih wehh . Susah sangat aku nak terima . Tapi sekarang aku redha dengan apa yang berlaku . Susah aku nak dengar kau cakap "taknak" bila orang minta tolong terutamanya aku . Rindu nak pegan tangan kau bila jalan sesama . Aku memang jenis yang suka pegang tangan orang nak pergi mana pun .

Bila doktor tarik mesin pernafasan kau .Aku tau kau dah tak ada . Aku lari keluar terus dan waktu tu teacher call sebab dia dah sampai .Then ,aku tanya izuani "Izzati dah tak ada kan " . Izuani menangis "Hey dia ada lagi la ! " . Aku tau ,Izuani tak nampak yang doktor dah buang mesin tu .Dan bila kami semua baca Yasin . Izuani baru tau yang Izzati meninggal . Cuba bayangkan kalau kau dekat tempat dia .

Tapi tak mengapa . Janji Allah mati itu pasti . Aku doakan kau bahagia di syurga dan jadi bidadari syurga :) Al-Fatihah
















Dikritik ? Biarkan .Asalkan maruah terjaga}
Tuesday, May 28, 2013 | May 28, 2013 | 0Comment

Assalamualaikum ppl :')

Sombong ? Dah sebati dah dalam hidup aku dengar perkataan ni and yang paling tak boleh blah sebab aku yang kena cop sombong .Yes ,that's me .Lantak lah orang cakap aku sombong dari aku kena cop gedik .Oppss .Pasti ramai yang kena dengan panggilan sombong kan terutama perempuan ? Hmm .Bagi aku sombong tu bukannya berlagak bagus .Nonono *jari ke kiri ke kanan* .Aku jenis yang sombong bertempat .Takkan la kalau mamat bangla tetiba ja menggatal kau pun melayan .Tentulah tak kan ? eh ,apahal babit bangla ni ? Er abaikan .


Aku memang sombong tapi sombong tu tak la nak mendabik dada tu . Sombong dengan lelaki tu mungkin sebab aku tak berapa suka nak bergaul dengan kaum ni . Gua takut ...Hohoho .Tapi bila dah kenal aku ,ha baru tahu mulut aku macam murai tercabut ekor .Sekali aku cakap kau jangan tutup telinga.Hehehe .Kuat woi ! Tu pun kalau orang yang betul kenal dengan aku la terutamanya classmates aku ahh .Baik buruk aku dah ada dalam kocek dorang .Well sombong tu bagus terutamanya untuk perempuan i guess . Tapi ada hadnya jugak . Takkan la sampai orang yang hampa tak kenai mintak tolong pun takmau .Tu bukan spesies sombong tapi tu eksyen lebih .Hahh ,kan dah keluar loghat kedah ! Hehehehhe .

 Aku memang jenis yang tak suka bergaul dengan budak kelas lain.Sorry to say .Mungkin sebab perangai kot .Hmmm.. aku dah cuba nak kawan dengan orang lain dan tak duduk dalam kelompok kelas yang sama but i can't . So , behave yourself guys. Sebab tu kawan aku sikit tapi kalau kawan dekat dalam fb ,tweet tu ramai lah .Cuma dekat luar memang sikit . Mereka kawan yang berkualiti . *Sila bangga kawanku sekalian* . Hahahaha .

Mood nak tulis pasal entri sombong ni tetiba ja datang bila someone(lelaki yang aku tak kenal ) text me .Tahu dia cakap apa ? "Tak baik jual mahal " Whatt ? Deyy ,aku jual ikan ka selama ni yang tak kasi aku jual mahal tu hah ? Hishh ,kesian perempuan kan ,jual mahal dikatanya sombong ,perasan bagus ,and macam-macam lagi lah .Jual murah pulak dikatanya gedik ,tak layak buat bini ,and lain-lain yang seangkatan dengannya .

So ,kaum Adam ,kamu nak kami macam mana ha ? Apa yang kami (perempuan ) buat semuanya dikiritik .Hello ,nobody perfect okay !


                                                   

Kids !}
Thursday, May 23, 2013 | May 23, 2013 | 0Comment





-A baby is born with a need to be loved and never outgrows it -



                      A child can ask questions that a wise man cannot answer  :') #DamnItsTrue




                                                           A baby is a blessing .
                                                     A gift from heaven above.
                                                    A precious little angel .
                                                     To cherish and to love




            A baby is sunshine and moonbeams and more brightening your world as never before





I seen a baby cry 
Seconds later he laughs 
he bauty of life pain,pain never lasts -J Cole


"And she loved a little boy very much even more than she loved herself"-Brooke




3 in 1 }
Thursday, May 16, 2013 | May 16, 2013 | 0Comment

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh :') 



Yeayy ,akhirnya ada juga masa nak mengupdate blog .Hihihi .Banyak cerita sebenarnya yang nak tulis tapi disebabkan adik yang nak laptop ni dah menyibuk ,terpaksa la pendekkan nya 


1.Kursus Fasilitator 

Bulan lepas ,saya join kursus fasilitator dengan dua orang budak baru .Why me yang kena pergi ? Mula-mula memang memberontak sikit sebab dah la nak dekat exam , then pergi dengan kawan baru.Kalau sorang takpa la jugak kan ,ni sampai 2 orang .Tapi nasib baik sekepala ja . Then bila sampai dekat kursus tu nampak macam ramai sebab campur dengan budak sekolah rendah yang comel comel belaka tu ,tapi kalau kira yang budak sekolah menengah 70 orang ja . Then ,bila start ja kursus tu tak la boring pun .Memang double triple best sangat -sangat ! Rugi kalau tak join .Macam -macam aktiviti .Part yang paling best bila kena masuk kolam air panas waktu hujan.Sila bayangkan . Lepas tu dapat kem komanden yang sangat sporting memang tak larat nak gelak la . Aktiviti berkumpulan pun best sampai tak boleh lupa sampai sekarang .Bila masuk ja pertandingan apa -apa yang wakil sekolah pasti akan jumpa kawan-kawan yang pergi kursus Fasi .Waktu nak balik dari kem ramai yang nangis ,ya lah dah 3 hari 2 malam berkumpul sama-sama ,peluk cium bagi yang sama jantina la eh , gelak sama-sama ,sembahyang berjemaah ,tetiba ja nak berpisah . Cepatnya .. Btw kumpulan 6 paling terbaik ! 

p/s : Dekat kem ni tak boleh pakai fon .Semu fon cikgu yang pegang . Lagipun lina takda .Ahahaha










2.Pertandingan Forum Remaja 

Melayang serindit di atas pematang
 Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang 
Awal bismillah pembuka bicara 

Heheheh ,tahukah anda pantun di atas merupakan pantun saya sebagai pengerusi majlis forum remaja ? Fuyoo ,bahasa baku gila aku pakai . Senang cerita lah kan aku sebenarnya memang minta nak join forum remaja tapi waktu bulan 1 dulu la .Hahaha.Ada juga perangai manusia macam ni .Lepas tu aku tak minta dah sebab nak focus kat choral speaking .Tapi kan bila dah tak ada orang yang nak masuk forum remaja ,terpaksa la aku join . Panel pertama hasraf . Panel kedua Razif .Kesian dekat Razif sebab aku tersasul panggil "Saudari Razif " .Nasib waktu tu tengah berlatih .Mau gelak terguling jugak ah kan . Panel ke tiga Habiba .Then simpanan Irfan . Aku dah pakat dengan Habiba , kalau dia join forum aku ikut .Kalau dia tak join aku pun takkan masuk . Nampak tak betapa eratnya persahabatan kami ? Hahahha .Tak ada kena mengena pun . Waktu lawan haritu 23/4 . Memang berdebar gila kot . Tapi bila dah baca Ayat kursi ,tenang hati .Setiap kumpulan ada 8 buah sekolah . 24 buah sekolah yang bertanding sebenarnya .Kami masuk kumpulan yang ke -2 rasanya la . And dapat tempat ke -4 dalam kumpulan sebab kalah dari segi masa , so tak pergi la ke final . Hahahah . Apapun best sebab dapat kutip pengalaman ! Gambar tak ada sebab semua tak bawa fon ,ambik pakai kamera cikgu ja :') 


3.Choral Speaking 
 #Teenagers #WhatALife 




Choral Speaking the best ! Walaupun dapat nombor 7/22 .Tahu sebab apa tak menang ? Sebab teks choral sama dengan 2 buah sekolah lagi . Ya lah kan teks ambik dari internet . Tapi takpa kita dah perform yang terbaik . Lepas ni dah tak ada choral so tak boleh jumpa dengan kawan-kawan yang lain .Memang la satu sekolah ,tapi nak berkumpul ramai-ramai macam selalu memang susah .I will miss you guys .Tahun depan tak boleh dah nak join Choral sebab dah masuk form 5 . What a sad life .Tapi apapun kita dah buat yang terbaik untuk sekolah .Kita dah buat cikgu bangga dengan persembahan kita ! Teenagers what a life !!!



Mood :: Sekarang tengah exam :') Wish me luck !


Speechless}
Friday, January 18, 2013 | January 18, 2013 | 0Comment






Assalamualaikum semua *lambai tangan * . Alhamdulillah ..masih dapat berkongsi cerita dekat blog kesayangan yang dah berhabuk ni .Rasanya tahun ni belum kongsi lagi bab pembelajaran kan ? Lambatnya hang update zira . Haha . Minta maaf sebab saya abaikan awak wahai En.Blog .Saya sangat sibuk .

Siapa cakap Tingkatan 4 untuk 'honeymoon' ? Bagi saya langung tak ada istilah honeymoon ka ,beemoon ka ,apaa-|| moon lah . Sebab tingkatan 4 sangat mencabar .Bagi saya lah kan ,bagi orang lain taktau cemana .Dan tahun ni kena ambil subjek berat . Ehemm ,berat ? Ya lah ,semua subjek berat kalau tak belajar kan ? Saya ambil Sains Tulen . Tapi yang peliknya kenapa kelas Sains Tulen ada akaun ? Kelas aku ni Sains Tulen ka Teknologi ? Ahaa ,pening sebentar . So saya bakal SPM tahun 2014 . 10A+ .InsyaAllah .

Permohonan ke SBP ? ya .untuk pengetahuan awak awak dan awak .Saya tak dapat pun . Haha .Ramai yang doakan aku tak dapat .Siap ada lagi yang cakap "Bukannya tak boleh belajar pun weh kalau dok dekat tanjung" . Yaa , ini ayat yang tak bagi aku pindah ni .Hahaha . Ada sesetengah orang yang suruh buat rayuan ,tapi saya taknak .Bukan kecewa ka apa .Tidak sama sekali .Tapi kalay buat rayuan confirm lambat dapat masuk kan ? So ,taknak la buat . biarlah stay dekat situ pun . Then ,ada pulak yang pujuk .Cakap "Jangan la macam ni ,mungkin dapat MRSM ka ..mana tahu " . Hahah .Thanks ya sebab selalu bagi semangat . Tapi saya tak kisah pun kalau tak dapat .Bagi saya ,hebat mana pun taraf sekolah tu ,kalau kita takda usaha nak belajar tak guna juga .
So ,mulai sekarang ! Tingkatkan azam untuk belajar bersungguh -sungguh ! GO AZIRA GO !