" F l o w e r "

flaw


Sahabat}
Friday, April 27, 2012 | April 27, 2012 | 0Comment


Kesayangan saya .

   Aku menulis ,menulis dan menulis dan berharap ada orang yang membaca semua entry aku tapi aku tahu sebenarnya orang tak boleh baca entry aku sebab aku privatekan blog aku .Dan ,sekarng aku sudah bukak .

Semua orang tak pernah sempurna ,dan semua orang ingin menjadi seorang yang sempurna walaupun perkara tu mustahil .Ya ,mustahil bagi aku .Kalau sempurna dari segi zahir ,tapi masih kurang dari segi batin dan sebaliknya .

 Kadang-kadang aku terfikir .Kenapa ada juga kawan yang suka menjatuhkan kawan sendiri ?
 Walhal dia tahu sahabatnya tidak kuat untuk menempuh dugaan 
.Dan bila kawan dia dah tak sanggup dengan segala dugaan yang mendatang ,dia ketawa dengan seronok ,Dia menjerit dengan kuat sekali ,Bagaikan syaitan .
Dia tidak pernah menghargai seorang sahabat yang baik ,yang selalu jujur dengan dia ,yang selalu inginkan terbaik buat dia .
Dia langsung tidak menghargai .Dia tamak ,dia dengki .Dia tidak boleh melihat kawannya bergembira lebih daripadanya ,dia panas bila melihat kawannya hidup senang ,dan aman .Dia dengki .Ya ,baru aku faham .Kawan seperti ini patut dijauhkan .kawan makan kawan .

Ya ,aku sedar .Aku sepatutnya bersyukur kerana tidak dikurniakan kawan yang sebegitu .Alhamdulillah .Aku sepatutnya bersyukur sebab punya kawan yang ramai .Yang suka berkongsi suka dan duka .Gembiranya hati bila bersama mereka hanya Tuhan sahaja yang tahu.Walaupun ada kalanya berlaku pertengkaran kecil ,tapi masih dapat diselesaikan .Alhamdulillah 

Cukuplah ,bagi aku sempurna hidup aku bila keluarga dan kawan-kawan ada di sisi .Mereka yang utama .

Sincerely,
Azira Ishak