" F l o w e r "

flaw


Alhamdulillah .}
Saturday, December 22, 2012 | December 22, 2012 | 0Comment

Assalamualaikum ,niat nak update lepas dapat result terbantut .HAHAHA .Janji melayu cenggini ah (Y) 
Alhamdulillah ,saya dapat 8A .Walaupun tak dapat 9A ,tapi syukur sangat-sangat sebab dapat banggakan cikgu ,mak ayah ,kawan .Bi saya dapat B.Agak terkilan jugak sebab dah berusaha ,teacher pun banyak kali buat tuisyen .Tapi ini namanya takdir Allah .Moga SPM nanti Straight A .InsyaAllah .

Waktu pagi nak ambik result tu kan .Sebelum pergi sekolah ,dah siap pakai baju kurung ,sembur minyak wangi .Hahah ,lepastu terus sakit perut .See ? Saya memang tak boleh dalam keadaan cemas ,mula la sakit perut .Manja gila .Then ,lepas tunaikan hajat tu ,kakak hantar pergi sekolah tanpa ditemani oleh sesapa .Konon nak buat SURPRISEEEE,hihihi . Lepastu text kawan ,sebab suruh saya tunggu dekat luar ,tapi batang hidung tak nampak pun .Ini dinamakan janji melayu .Hahaha ,dalam 15 minit kemudian baru nampak kelibat si kawan yang ditunggu .Tu pun baru sorang .Hampeh ,Then ,jalan terkedek-kedek masuk sekolah .Kami pun tunggu yang lain dekat pondok sekolah .Alhamdulillah ,ramai dah yang datang lepas tu .Pakat dok ketaq habeh .Hahah . 


Tengah sesedap menyembang dekat pondok ,mak kawan panggil masuk dewan .Waktu tu saya dah mula cuak . Waduss ,tawakal ja waktu tu .Mulakan dengan kaki kanan. Masuk pukul 10 ,tapi dapat keputusan sejam kemudian .Memang hebak ahhh , Penat eden menunggu tau . Cikgu masuk dewan dengan senyuman . 
Waktu tu saya dah mula fikir "ni senyum bahagia ka ,senyum sumbang ke *eh ada ek ?* ,senyum sinis" ? 
Okayy ,cuak ahh .Lepastu cikgu panggil nama sekian ,sekian ,sekian sila duduk di kerusi hadapan .Saya dengar nama budak kelas dah ramai kena panggil ,so akal pun mula la terfikir "ni sah budak dapat straight A ni " .Dah ketar tunggu nama saya ,Alhamdulillah ,kedengaran jugak lepastu . 


Lepas ja cikgu berucap sepatah dua kata yang sebenarnya beribu patah tu ,tiba la masa umumkan nama pelajar 4A ke atas .Hoii ,cuak gila .Peluh memercik .Hahah .Dengar ja nama kawan yang lain dah panggil me like " Hooooii ,cikgu ni kenapa tak panggil nama aku .Why not me ? " Tengok ja budak yang 6A dah dapat slip ,aku rasa macam nak pengsan .K ini tipu .Hahah . Sebenarnya aku takut tak dapat 4A ke atas .Dah la cikgu panggil nama pelajar 7A pun takda nama aku .Hampagas betul .Kemudian ,tiba masanya mengumumkan pelajar 8A.Dah nervous ah ny , kawan yang lain cuba tenangkan saya ,tapi semua tak boleh .Hahah . Jeng jeng jeng ,lepas ja dengar nama kawan sekelas panggil ,lepas tu cikgu panggil nama saya .Saya dah macam .Oh noooooooo ,8A ? Ya Allah ,syukur Alhamdulillah .Kawan yang lain bersorak .Siap ada yang tak percaya sampai ternganga lagi .Hahah . 

Bila dah jalan nak ke atas pentas tetiba ja rasa macam " fly me awayy ,take me awayy ' Haha .Mood nak pengsan tapi nasib tak kesampaian .Sampai ja atas pentas Cikgu Faridah cakap "Bi dapat b *sambil senyum* . Saya pun cium ah tangan ketiga cikgu atas pentas tu .Lepas tu cikgu kaunseling ucap tahniah dan suruh saya jalan ke belakang ,jumpa dengan guru tingkatan .Huhuhu .I miss my guru tingkatan yang banyak bagi nasihat sampai kadang-kadang dah rasa penat cikgu .Terima kasih cikgu ! 

Lepas dapat keputusan terus mesej kakak cakap " Dapat 8A ,bi dapat B " .Then call dia suruh datang ambik .Punya lah lama tunggu dekat luar ._.- .Ayah datang ambik dengan kakak n adik .Semua dok tersengih macam kerang busuk ,eh tapi dorang ni lagi busuk ! WKWKWKWK 
Balik tu jumpa my mum yang dok tesengih tu .Hahha ,Semua macam tak percaya sebab saya ni kan cakap lebih ,buat Haprak .! Hahahhaha .Dengan dok ber-tweet,ber-fb ,ber-blog ,ber-snap gambar,ber-tido 24 jam.Ber-makan tak ingat dunia . .Memang aku ni buruk gila ah perangai .Hahahaha . Tak ku sangka tak ku duga sebenarnya sebab saya target 6A ja .Ya lah ,lagi seminggu nak PMR baru sibuk menelaah buku macam nak rebus ja buku tu minum air dia .Heho .Tapi Alhamdulillah ,rezeki Allah memang tiada tandingan .

Moga SPM bakal datang straight A bakal dicapai .Sekolah mana tahun depan tak penting .Yang penting niat belajar kerana Allah .Solat lima waktu dengan solat hajat jangan tinggal ,Hormat guru ,ibu bapa ,dengan rakan . Assalamualaikum .