" F l o w e r "

flaw


3 in 1 }
Thursday, May 16, 2013 | May 16, 2013 | 0Comment

Assalamualaikum warrahmatullahiwabarakatuh :') 



Yeayy ,akhirnya ada juga masa nak mengupdate blog .Hihihi .Banyak cerita sebenarnya yang nak tulis tapi disebabkan adik yang nak laptop ni dah menyibuk ,terpaksa la pendekkan nya 


1.Kursus Fasilitator 

Bulan lepas ,saya join kursus fasilitator dengan dua orang budak baru .Why me yang kena pergi ? Mula-mula memang memberontak sikit sebab dah la nak dekat exam , then pergi dengan kawan baru.Kalau sorang takpa la jugak kan ,ni sampai 2 orang .Tapi nasib baik sekepala ja . Then bila sampai dekat kursus tu nampak macam ramai sebab campur dengan budak sekolah rendah yang comel comel belaka tu ,tapi kalau kira yang budak sekolah menengah 70 orang ja . Then ,bila start ja kursus tu tak la boring pun .Memang double triple best sangat -sangat ! Rugi kalau tak join .Macam -macam aktiviti .Part yang paling best bila kena masuk kolam air panas waktu hujan.Sila bayangkan . Lepas tu dapat kem komanden yang sangat sporting memang tak larat nak gelak la . Aktiviti berkumpulan pun best sampai tak boleh lupa sampai sekarang .Bila masuk ja pertandingan apa -apa yang wakil sekolah pasti akan jumpa kawan-kawan yang pergi kursus Fasi .Waktu nak balik dari kem ramai yang nangis ,ya lah dah 3 hari 2 malam berkumpul sama-sama ,peluk cium bagi yang sama jantina la eh , gelak sama-sama ,sembahyang berjemaah ,tetiba ja nak berpisah . Cepatnya .. Btw kumpulan 6 paling terbaik ! 

p/s : Dekat kem ni tak boleh pakai fon .Semu fon cikgu yang pegang . Lagipun lina takda .Ahahaha










2.Pertandingan Forum Remaja 

Melayang serindit di atas pematang
 Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang 
Awal bismillah pembuka bicara 

Heheheh ,tahukah anda pantun di atas merupakan pantun saya sebagai pengerusi majlis forum remaja ? Fuyoo ,bahasa baku gila aku pakai . Senang cerita lah kan aku sebenarnya memang minta nak join forum remaja tapi waktu bulan 1 dulu la .Hahaha.Ada juga perangai manusia macam ni .Lepas tu aku tak minta dah sebab nak focus kat choral speaking .Tapi kan bila dah tak ada orang yang nak masuk forum remaja ,terpaksa la aku join . Panel pertama hasraf . Panel kedua Razif .Kesian dekat Razif sebab aku tersasul panggil "Saudari Razif " .Nasib waktu tu tengah berlatih .Mau gelak terguling jugak ah kan . Panel ke tiga Habiba .Then simpanan Irfan . Aku dah pakat dengan Habiba , kalau dia join forum aku ikut .Kalau dia tak join aku pun takkan masuk . Nampak tak betapa eratnya persahabatan kami ? Hahahha .Tak ada kena mengena pun . Waktu lawan haritu 23/4 . Memang berdebar gila kot . Tapi bila dah baca Ayat kursi ,tenang hati .Setiap kumpulan ada 8 buah sekolah . 24 buah sekolah yang bertanding sebenarnya .Kami masuk kumpulan yang ke -2 rasanya la . And dapat tempat ke -4 dalam kumpulan sebab kalah dari segi masa , so tak pergi la ke final . Hahahah . Apapun best sebab dapat kutip pengalaman ! Gambar tak ada sebab semua tak bawa fon ,ambik pakai kamera cikgu ja :') 


3.Choral Speaking 
 #Teenagers #WhatALife 




Choral Speaking the best ! Walaupun dapat nombor 7/22 .Tahu sebab apa tak menang ? Sebab teks choral sama dengan 2 buah sekolah lagi . Ya lah kan teks ambik dari internet . Tapi takpa kita dah perform yang terbaik . Lepas ni dah tak ada choral so tak boleh jumpa dengan kawan-kawan yang lain .Memang la satu sekolah ,tapi nak berkumpul ramai-ramai macam selalu memang susah .I will miss you guys .Tahun depan tak boleh dah nak join Choral sebab dah masuk form 5 . What a sad life .Tapi apapun kita dah buat yang terbaik untuk sekolah .Kita dah buat cikgu bangga dengan persembahan kita ! Teenagers what a life !!!



Mood :: Sekarang tengah exam :') Wish me luck !