" F l o w e r "

flaw


Dikritik ? Biarkan .Asalkan maruah terjaga}
Tuesday, May 28, 2013 | May 28, 2013 | 0Comment

Assalamualaikum ppl :')

Sombong ? Dah sebati dah dalam hidup aku dengar perkataan ni and yang paling tak boleh blah sebab aku yang kena cop sombong .Yes ,that's me .Lantak lah orang cakap aku sombong dari aku kena cop gedik .Oppss .Pasti ramai yang kena dengan panggilan sombong kan terutama perempuan ? Hmm .Bagi aku sombong tu bukannya berlagak bagus .Nonono *jari ke kiri ke kanan* .Aku jenis yang sombong bertempat .Takkan la kalau mamat bangla tetiba ja menggatal kau pun melayan .Tentulah tak kan ? eh ,apahal babit bangla ni ? Er abaikan .


Aku memang sombong tapi sombong tu tak la nak mendabik dada tu . Sombong dengan lelaki tu mungkin sebab aku tak berapa suka nak bergaul dengan kaum ni . Gua takut ...Hohoho .Tapi bila dah kenal aku ,ha baru tahu mulut aku macam murai tercabut ekor .Sekali aku cakap kau jangan tutup telinga.Hehehe .Kuat woi ! Tu pun kalau orang yang betul kenal dengan aku la terutamanya classmates aku ahh .Baik buruk aku dah ada dalam kocek dorang .Well sombong tu bagus terutamanya untuk perempuan i guess . Tapi ada hadnya jugak . Takkan la sampai orang yang hampa tak kenai mintak tolong pun takmau .Tu bukan spesies sombong tapi tu eksyen lebih .Hahh ,kan dah keluar loghat kedah ! Hehehehhe .

 Aku memang jenis yang tak suka bergaul dengan budak kelas lain.Sorry to say .Mungkin sebab perangai kot .Hmmm.. aku dah cuba nak kawan dengan orang lain dan tak duduk dalam kelompok kelas yang sama but i can't . So , behave yourself guys. Sebab tu kawan aku sikit tapi kalau kawan dekat dalam fb ,tweet tu ramai lah .Cuma dekat luar memang sikit . Mereka kawan yang berkualiti . *Sila bangga kawanku sekalian* . Hahahaha .

Mood nak tulis pasal entri sombong ni tetiba ja datang bila someone(lelaki yang aku tak kenal ) text me .Tahu dia cakap apa ? "Tak baik jual mahal " Whatt ? Deyy ,aku jual ikan ka selama ni yang tak kasi aku jual mahal tu hah ? Hishh ,kesian perempuan kan ,jual mahal dikatanya sombong ,perasan bagus ,and macam-macam lagi lah .Jual murah pulak dikatanya gedik ,tak layak buat bini ,and lain-lain yang seangkatan dengannya .

So ,kaum Adam ,kamu nak kami macam mana ha ? Apa yang kami (perempuan ) buat semuanya dikiritik .Hello ,nobody perfect okay !