" F l o w e r "

flaw


Tabahkan aku }
Saturday, October 5, 2013 | 2:37 PM | 0Comment

Assalamualaikum ,suddenly i miss my bestfriend ,Nurul Izzati Binti Ishak . Allahurabbi :(
Rasa macam baru sangat dengar kau cakap "Hai hampa " .Kejap sangat semua terjadi sekelip mata. Rindu nak nyanyi sesama . When you said to me " Aku suka lagu Fall For You " . Okay fine ,balik rumah aku terus buka youtube . Then dengar lagu tu . Tapi berapa kali ja aku sempat menyanyi sesama dengan kau .

Kanser otak tahap 4 . Apa yang kau rasa bila kawan yang kau kenal since darjah 2 menghidap penyakit ni dan kau tau pun dah terlambat ?Hanya mampu berdoa kepada Allah supaya kau tenang dekat sana . Kau baik sangat Zati . Ingat lagi waktu kursus haritu .Bila cikgu panggil SU BM suruh bentang kertas dekat depan aku takut . Then walaupun kau gugup ,tapi kau pergi ganti tempat aku . Mana ada orang yang sanggup back up aku sampai macam tu sekali . Susah aku nak cari kawan macam kau . Cara kau gelak ,bercakap ,menyanyi ,berjalan semua aku ingat .

Bila masuk kelas pasti aku duduk dekat tempat dia .Meja dia sebelah dengan aku ja . Then Icha cakap " Zira ,kenapa duduk sini ? " .Aku tau kau faham aku Icha . Sungguh kehilangan kau buat aku lebih hargai semua orang . Rindu sangatt.. Tapi aku kena kuat ,tak boleh tunjuk yang aku sedih . Kalau kau boleh kuat hadapi ujian yang Allah bagi ,kanser tahap 4 kenapa aku tak boleh ? Am i right ?

Aku pesan dekat kawan kawan yang lain suruh kuat . Tapi aku sendiri tak kuat . Diaorang genggam tangan aku sebab nak aku salurkan kekuatan ,ya aku bagi . Tapi hati aku , pedih wehh . Susah sangat aku nak terima . Tapi sekarang aku redha dengan apa yang berlaku . Susah aku nak dengar kau cakap "taknak" bila orang minta tolong terutamanya aku . Rindu nak pegan tangan kau bila jalan sesama . Aku memang jenis yang suka pegang tangan orang nak pergi mana pun .

Bila doktor tarik mesin pernafasan kau .Aku tau kau dah tak ada . Aku lari keluar terus dan waktu tu teacher call sebab dia dah sampai .Then ,aku tanya izuani "Izzati dah tak ada kan " . Izuani menangis "Hey dia ada lagi la ! " . Aku tau ,Izuani tak nampak yang doktor dah buang mesin tu .Dan bila kami semua baca Yasin . Izuani baru tau yang Izzati meninggal . Cuba bayangkan kalau kau dekat tempat dia .

Tapi tak mengapa . Janji Allah mati itu pasti . Aku doakan kau bahagia di syurga dan jadi bidadari syurga :) Al-Fatihah